Tuesday, 23 May 2017

<Sayangku Raisya>part 1
“wei Fiya,ko study mana sekarang?” jujur aku cakap,aku benci bila orang sekeliling aku tanya soalan tu. Aku bukannya  tak cerdik..UPSR 5A,PMR 8A,SPM  jelah aku tergelincir sikit.5A. ok lah tu. Aku dulu pon belajar dekat SBP. Kalau aku nak masuk matrikulasi boleh je. Tapi aku decide untuk tidak menyambung pengajian aku. Family aku bukannya kaya. Ayah aku meninggal masa aku darjah 1 dulu. Ibu yang menyara hidup kami bertujuh.
 “ibu, Fiya dapat offer masuk matrikulasi.dekat Kelantan”. Ujar ku kegembiraan. Mana tak gembiranya, 10 tahun belajar. Dari darjah 1 sampai form 5 belajar, cita-cita aku untuk menjadi seorang guru makin menjadi kenyataan. “betul nak? Alhamdulillah.. syukur  ya Allah… mak yakin,pasti Fiya dapat masuk. Tapi,yuran?” Tanya ibuku. Pertanyaan ibu buat aku tersentak seketika. Yuran.. yuran… “ibu yakin yang Fiya pun tahu yang gaji  ibu RM 1000 je sebulan. Ibu tak mampu nak tanggung kalau Fiya nak sambung study. Nak makan pun cukup-cukup je. Perbelanjaan persekolahan adik-adik kamu lagi. Ibu,,,,” percakapan ibuku terhenti. Dapat ku lihat dengan jelas yang ibu mencuba sedaya upaya untuk menahan kolam air matanya daripada tumpah. Sakit. Sakit yang teramat sangat dapat aku rasa. Ibu yang mengandungkan aku. Kejayaan aku sudah tentu didambakannya dari aku kecil lagi. Jika perit bagiku untuk menerima suratan yang rezeki ku untuk menyambung pelajaran terhenti disini,sudah tentu lagi perit bagi ibu,insan yang sentiasa mahu kan yang terbaik bagiku untuk menyatakan begitu. Belum sempat ibuku menyambung,aku memotong percakapannya. “alah,takpe ibu,Fiya just nak khabarkan kepada ibu yang fiya Berjaya dapat tempat di matrikulasi. Tak dapat sambung pon takpe. Fiya pon dah letih nak belajar. Elok fiya duk rumah tolong ibu dan adik-adik. Hmm,takpe lah bu,fiya pergi angkat kain dulu erk. Dah nak hujan ni.basah dah ni.…”alasanku  kepada ibu. Tak mampu lagiku melihat wajah ibu kesedihan mendengar pengakuan ku.she know me better  than anyone else in this world. Dia lebih tahu banyak mana usaha  yang aku curahkan untuk pastikan yang aku masih dapat menyambung pengajian diperingkat yang lebih tinggi. Jika aku merasa sakitnya,ibu sudah tentu lagi dapat merasakan apa yang aku rasa.
“fiya,udah-udah lah berangan nye..” kedatangan ibu mengejutkan aku dari lamunan ku.. “idok lah ku berangan-angan wahai ibuku yang bucuk masam ni… ada apa ibu?” soal ku kepada ibu ku. Berangan-angan?nope.mengingati kisah silam? Yes. “tolong belikan ibu tepung. Ibu nak buat kek pisang nanti anak kawan ibu nak datang..” ujar ibu. Anak kawan? Sape pulakk dah nak datang.ni tak lain tak bukan kerja nak menyusahkan aku lah nak melayan anak kawan ibu ni.”iyaa lah ibu..nanti fiya pergi…fiya solat dulu,lepas tu fiya pergi.okey?”jawabku kepada ibu.. “ cepat sikit tauu…dia dah nak sampai tu..takut tak sempat lah pulak. Fiya ni bukannya boleh diharap. Orang lain solat ambil masa 10 minit, fiya ambil masa 30 minit. Tu baru ambil wuduk. Belum campur lagi pakai telekung,bentangkan sejadah..boleh ambil masa sejam jugak” bebel ibu. “iya lah ibu..fiya cepatkan erk….” Ujarku terus ke bilik air….ibuku sorang ni,kalau dibiarkan membebel,macam dah tak jumpa titik. Tak berenti..but,that’s her cute charm. Bukan ibulah kalau tak mem bebel…

“tepung…..tepung…tepung ibu nak buat kek..tepung…kek..tepung..wait a minute..what kind of tepung eh kalau nak buat kek? Tepung gandum?tepung jagung? Tepung beras? Tepung kastard? Oh God,gimana yaaa…nanti Tanya pak Mail lah…dia tahu kot…aku pon satu hal tak Tanya ibu siap-siap” gumam Fiya seorang diri..

“pak mail,ibu nak tepung,untuk dibuat kek..tepung apa ya nak guna?” Tanya Fiya setelah muka tua pak Mail dilihatnya. “ya Allah,,,ko nih fiya,terkejut aku..tak boleh ke kau bagi salam dulu..kalau lah aku nih kena serangan jantung,kedai aku siapa nak jaga?”marah pak Mail. “hahahahaha…chill lah pak mail..kalau apa-apa jadi dekat pak mail,kedai nih,serah dekat saya..saya boleh jaga.” Jawabku..pak mail ni,baru sergah sikit,…dah risau kena jantung…”banyak lah ko..aku suruh kahwin dengan aku tak nak…kedai aku ko nak pulak…kan mudah kalau ko  kahwin dengan aku…ko bukan nya bersekolah lgi.kahwin dengan aku..mudah,goyang kaki je..duduk dengan aku..kerja ko melayan aku malam-malam je..tak susah…mudah,cepat,duit aku bagi bulan-bulan.nak?” Tanya  pak mail… pak cik sorang ni…ringan je rase kaki nak  naik ke muka….dia ingat aku ni pelacur?mudah-mudah dia je..tak sedar umor dah 65 tahun..ada hati nak tambah kouta. “pak mail bercakap elok-elok sikit…saya  datang nak beli tepung je.. tak payah lah nak bercakap benda yang pelik-pelik..kan tak sampai-sampai,mak Leha serang saya,siapa nak tanggung? Pak mail bukannya boleh tolong. Nanti saya yang sakit….” “HAFIYA!!!!” jerkah mak leha..dah mari dah….mari dah dia..pantang disebut…muncul terus.. Boleh  jadi drama sebabak lah jawabnya kalau mak cik  drama ni sampai . “ya mak leha… Ada apa yang saya boleh tolong?” Tanya aku  sengaja mahu menaikkan darah mak leha.“apa yang kau boleh tolong?hei, Hafiya,kau sorang ni kan,memang tak tahu malu kan,,harapkan muka je lawa..perangai macam perempuan sundal!!!laki aku yang dah tua  bangka pon kau nak ke?dasar perempuan tak ada maruah..bapak dengan anak memang tak da beza..dua-dua tak guna”.marah mak leha. “mak leha sendiri cakap yang pak mail ni dah tua bangka. Mak leha ingat saya nak ke dengan si tua bangka yang mak leha maksudkan ni?saya pun tak nak lah..lagi satu,ayah saya dah lama meninggal. Jangan pernah babitkan ayah dalam hal ni. Oleh  kerana ayah  pernah tolak cinta mak leha, sampai 7 keturunan mak leha nak benci kami sekeluarga. Ada baik juga ayah pilih mak,tak dapat saya bayangkan hidup beribukan manusia species macam mak leha ni. .” bidas aku jujur.. Tiba-tiba terasa seperti cecair hangat mengalir didahiku. Darah. Ditangan mak leha terdapat tin susu yang sudah kemik dan dapat dilihat dengan jelas kesan darah yang mengalir melalui jari gemuk mak leha. “balasan.ni lah apa yang kau dapat sebab berani nak kurang ajar dengan aku…dasar manusia tak sedar diuntung..hidup pun bergantung hidup dengan orang lain. Ada hati nak tinggikan suara dengan aku?eh,kau sedar dirilah..cermin diri sendiri. Tengok kehidupan kau sekeluarga..daif,sadis,SEDIH!!!,,kau tengok lah diri kau sendiri,budak SBP, result SPM ok.. tapi,tak dapat sambung pengajian sebab apa?sebab dosa mak kau,si Husna tu,cuba nak hancurkan kebahagiaan aku. Tapi tak apa…sekarang,aku kaya raya.kamu sekeluarga miskin papa kedana..malang betul nasib kau…kalau aku lah ditempat mak kau,dah lama aku bunuh diri dari hidup segan mati tak mahu macam ni…,eeeeehhhh” sebegini rupa aku dihina..manusia memang keji…kami sekeluarga tidak pernah mengganggu kehidupan mereka. Penduduk kampong mulla memenuhi kedai pak mail.. ada yang tersengih. Ada yang ketawa.. lucu mungkin..lucu melihat aku yang sudah terdiam bisu tidak dapat membalas kejian mak leha…jijik. Itu sahaja  perkataan yang dapat aku gunakan untuk menggambarkan cara mak leha melihatku..puihhhh!!!!aku diludah oleh mak leha…benci..hanya perasaan benci yang teramat sangat  dapat  aku rasakan pada masa ini. Denyutan di dahiku kini dapat kurasai. Bisa  akibat dihentak tin susu oleh mak leha sebentar tadi kian mencucuk dahiku. Aku terjatuh..  tiada sesiapakah yang ingin membantuku? Air mata aku menitik.. kenapa aku menangis? Sedih? Tak. Ini bukannya air mata kerana sedih. Tapi disebabkan kecewanya aku dengan sikap manusia yang suka menghukum tanpa mengetahui punca yang sebenar…Mak leha mengangkat tin susu yang masih ditangan cuba untuk memukul ku buat kali yang kedua, dengan keadaan aku yang masih menahan kesakitan,tidak mungkin dapat aku melindungi diri sendiri.. “tolong!tiada seorang pun kah yang mahu menolong ku?” teriak hati kecilku. Aku redhaa. Sememang nya, tiada seorang pun yang mahu membantu aku. Aku menutup mata,tidak mahu melihat wajah bengis mak leha. Tiba-tiba, “apa yang mak cik buat dekat tunang saya ni?” bunyi kasar suara lelaki.. Tunang siapa pulak dah….  Pukulan mak leha yang ku sangka bakal membuat tanda ke dua didahiku tidak kunjung tiba.. “mana mak leha nih…tadi beria-ia nak pukul aku. Ni orang dah ready tak sampai pulak..”bisik hati kecilku.. Aku cuba memberanikan diri untuk membuka mata. MAMAT JEPUN MANA PULAK YANG SESAT DEPAN AKU NI!!!!