<Sayangku Raisya>part
1
“wei Fiya,ko study mana sekarang?” jujur aku
cakap,aku benci bila orang sekeliling aku tanya soalan tu. Aku bukannya tak cerdik..UPSR 5A,PMR 8A,SPM jelah aku tergelincir sikit.5A. ok lah tu.
Aku
dulu pon belajar dekat SBP. Kalau aku nak masuk matrikulasi boleh je. Tapi aku
decide untuk tidak menyambung pengajian aku. Family aku bukannya kaya. Ayah aku
meninggal masa aku darjah 1 dulu. Ibu yang menyara hidup kami bertujuh.
“ibu, Fiya
dapat offer masuk matrikulasi.dekat Kelantan”. Ujar ku kegembiraan. Mana tak
gembiranya, 10 tahun belajar. Dari darjah 1 sampai form 5 belajar, cita-cita
aku untuk menjadi seorang guru makin menjadi kenyataan. “betul nak?
Alhamdulillah.. syukur ya Allah… mak yakin,pasti
Fiya dapat masuk. Tapi,yuran?” Tanya ibuku. Pertanyaan ibu buat aku tersentak
seketika. Yuran.. yuran… “ibu yakin yang Fiya pun tahu yang gaji ibu RM 1000 je sebulan. Ibu tak mampu nak
tanggung kalau Fiya nak sambung study. Nak makan pun cukup-cukup je.
Perbelanjaan persekolahan adik-adik kamu lagi. Ibu,,,,” percakapan ibuku
terhenti. Dapat ku lihat dengan jelas yang ibu mencuba sedaya upaya untuk
menahan kolam air matanya daripada tumpah. Sakit. Sakit yang teramat sangat
dapat aku rasa. Ibu yang mengandungkan aku. Kejayaan aku sudah tentu
didambakannya dari aku kecil lagi. Jika perit bagiku untuk menerima suratan
yang rezeki ku untuk menyambung pelajaran terhenti disini,sudah tentu lagi
perit bagi ibu,insan yang sentiasa mahu kan yang terbaik bagiku untuk
menyatakan begitu. Belum sempat ibuku menyambung,aku memotong percakapannya.
“alah,takpe ibu,Fiya just nak khabarkan kepada ibu yang fiya Berjaya dapat
tempat di matrikulasi. Tak dapat sambung pon takpe. Fiya pon dah letih nak
belajar. Elok fiya duk rumah tolong ibu dan adik-adik. Hmm,takpe lah bu,fiya
pergi angkat kain dulu erk. Dah nak hujan ni.basah dah ni.…”alasanku kepada ibu. Tak mampu lagiku melihat wajah
ibu kesedihan mendengar pengakuan ku.she know me better than anyone else in this world. Dia lebih
tahu banyak mana usaha yang aku curahkan
untuk pastikan yang aku masih dapat menyambung pengajian diperingkat yang lebih
tinggi. Jika aku merasa sakitnya,ibu sudah tentu lagi dapat merasakan apa yang
aku rasa.
“fiya,udah-udah
lah berangan nye..” kedatangan ibu mengejutkan aku dari lamunan ku.. “idok lah
ku berangan-angan wahai ibuku yang bucuk masam ni… ada apa ibu?” soal ku kepada
ibu ku. Berangan-angan?nope.mengingati kisah silam? Yes. “tolong belikan ibu
tepung. Ibu nak buat kek pisang nanti anak kawan ibu nak datang..” ujar ibu.
Anak kawan? Sape pulakk dah nak datang.ni tak lain tak bukan kerja nak
menyusahkan aku lah nak melayan anak kawan ibu ni.”iyaa lah ibu..nanti fiya
pergi…fiya solat dulu,lepas tu fiya pergi.okey?”jawabku kepada ibu.. “ cepat
sikit tauu…dia dah nak sampai tu..takut tak sempat lah pulak. Fiya ni bukannya
boleh diharap. Orang lain solat ambil masa 10 minit, fiya ambil masa 30 minit.
Tu baru ambil wuduk. Belum campur lagi pakai telekung,bentangkan sejadah..boleh
ambil masa sejam jugak” bebel ibu. “iya lah ibu..fiya cepatkan erk….” Ujarku
terus ke bilik air….ibuku sorang ni,kalau dibiarkan membebel,macam dah tak
jumpa titik. Tak berenti..but,that’s her cute charm. Bukan ibulah kalau tak mem
bebel…
“tepung…..tepung…tepung ibu nak buat
kek..tepung…kek..tepung..wait a minute..what kind of tepung eh kalau nak buat
kek? Tepung gandum?tepung jagung? Tepung beras? Tepung kastard? Oh God,gimana
yaaa…nanti Tanya pak Mail lah…dia tahu kot…aku pon satu hal tak Tanya ibu
siap-siap” gumam Fiya seorang diri..
“pak mail,ibu nak tepung,untuk dibuat kek..tepung
apa ya nak guna?” Tanya Fiya setelah muka tua pak Mail dilihatnya. “ya
Allah,,,ko nih fiya,terkejut aku..tak boleh ke kau bagi salam dulu..kalau lah
aku nih kena serangan jantung,kedai aku siapa nak jaga?”marah pak Mail.
“hahahahaha…chill lah pak mail..kalau apa-apa jadi dekat pak mail,kedai
nih,serah dekat saya..saya boleh jaga.” Jawabku..pak mail ni,baru sergah
sikit,…dah risau kena jantung…”banyak lah ko..aku suruh kahwin dengan aku tak
nak…kedai aku ko nak pulak…kan mudah kalau ko
kahwin dengan aku…ko bukan nya bersekolah lgi.kahwin dengan
aku..mudah,goyang kaki je..duduk dengan aku..kerja ko melayan aku malam-malam
je..tak susah…mudah,cepat,duit aku bagi bulan-bulan.nak?” Tanya pak mail… pak cik sorang ni…ringan je rase
kaki nak naik ke muka….dia ingat aku ni
pelacur?mudah-mudah dia je..tak sedar umor dah 65 tahun..ada hati nak tambah
kouta. “pak mail bercakap elok-elok sikit…saya
datang nak beli tepung je.. tak payah lah nak bercakap benda yang
pelik-pelik..kan tak sampai-sampai,mak Leha serang saya,siapa nak tanggung? Pak
mail bukannya boleh tolong. Nanti saya yang sakit….” “HAFIYA!!!!” jerkah mak
leha..dah mari dah….mari dah dia..pantang disebut…muncul terus.. Boleh jadi drama sebabak lah jawabnya kalau mak
cik drama ni sampai . “ya mak leha… Ada
apa yang saya boleh tolong?” Tanya aku
sengaja mahu menaikkan darah mak leha.“apa yang kau boleh tolong?hei,
Hafiya,kau sorang ni kan,memang tak tahu malu kan,,harapkan muka je
lawa..perangai macam perempuan sundal!!!laki aku yang dah tua bangka pon kau nak ke?dasar perempuan tak ada
maruah..bapak dengan anak memang tak da beza..dua-dua tak guna”.marah mak leha.
“mak leha sendiri cakap yang pak mail ni dah tua bangka. Mak leha ingat saya
nak ke dengan si tua bangka yang mak leha maksudkan ni?saya pun tak nak
lah..lagi satu,ayah saya dah lama meninggal. Jangan pernah babitkan ayah dalam
hal ni. Oleh kerana ayah pernah tolak cinta mak leha, sampai 7
keturunan mak leha nak benci kami sekeluarga. Ada baik juga ayah pilih mak,tak
dapat saya bayangkan hidup beribukan manusia species macam mak leha ni. .”
bidas aku jujur.. Tiba-tiba terasa seperti cecair hangat mengalir didahiku. Darah.
Ditangan mak leha terdapat tin susu yang sudah kemik dan dapat dilihat dengan
jelas kesan darah yang mengalir melalui jari gemuk mak leha. “balasan.ni lah
apa yang kau dapat sebab berani nak kurang ajar dengan aku…dasar manusia tak
sedar diuntung..hidup pun bergantung hidup dengan orang lain. Ada hati nak
tinggikan suara dengan aku?eh,kau sedar dirilah..cermin diri sendiri. Tengok
kehidupan kau sekeluarga..daif,sadis,SEDIH!!!,,kau tengok lah diri kau
sendiri,budak SBP, result SPM ok.. tapi,tak dapat sambung pengajian sebab
apa?sebab dosa mak kau,si Husna tu,cuba nak hancurkan kebahagiaan aku. Tapi tak
apa…sekarang,aku kaya raya.kamu sekeluarga miskin papa kedana..malang betul
nasib kau…kalau aku lah ditempat mak kau,dah lama aku bunuh diri dari hidup
segan mati tak mahu macam ni…,eeeeehhhh” sebegini rupa aku dihina..manusia
memang keji…kami sekeluarga tidak pernah mengganggu kehidupan mereka. Penduduk
kampong mulla memenuhi kedai pak mail.. ada yang tersengih. Ada yang ketawa..
lucu mungkin..lucu melihat aku yang sudah terdiam bisu tidak dapat membalas
kejian mak leha…jijik. Itu sahaja perkataan
yang dapat aku gunakan untuk menggambarkan cara mak leha
melihatku..puihhhh!!!!aku diludah oleh mak leha…benci..hanya perasaan benci
yang teramat sangat dapat aku rasakan pada masa ini. Denyutan di dahiku
kini dapat kurasai. Bisa akibat dihentak
tin susu oleh mak leha sebentar tadi kian mencucuk dahiku. Aku terjatuh.. tiada sesiapakah yang ingin membantuku? Air
mata aku menitik.. kenapa aku menangis? Sedih? Tak. Ini bukannya air mata
kerana sedih. Tapi disebabkan kecewanya aku dengan sikap manusia yang suka
menghukum tanpa mengetahui punca yang sebenar…Mak leha mengangkat tin susu yang
masih ditangan cuba untuk memukul ku buat kali yang kedua, dengan keadaan aku
yang masih menahan kesakitan,tidak mungkin dapat aku melindungi diri sendiri..
“tolong!tiada seorang pun kah yang mahu menolong ku?” teriak hati kecilku. Aku
redhaa. Sememang nya, tiada seorang pun yang mahu membantu aku. Aku menutup
mata,tidak mahu melihat wajah bengis mak leha. Tiba-tiba, “apa yang mak cik
buat dekat tunang saya ni?” bunyi kasar suara lelaki.. Tunang siapa pulak dah….
Pukulan mak leha yang ku sangka bakal
membuat tanda ke dua didahiku tidak kunjung tiba.. “mana mak leha nih…tadi
beria-ia nak pukul aku. Ni orang dah ready tak sampai pulak..”bisik hati
kecilku.. Aku cuba memberanikan diri untuk membuka mata. MAMAT JEPUN MANA PULAK
YANG SESAT DEPAN AKU NI!!!!
No comments:
Post a Comment